IV Mist kini dalam proses penjenamaan semula. Baca sini untuk maklumat lanjut » klik sini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Buat maklumat para pengguna IV MIST yang setia sejak bertahun-tahun lamanya, terima kasih atas sokongan dan dukungan anda selama ini. Kami sangat-sangat menghargainya.

Sebenarnya membina satu jenama tidak mudah, untuk menukar namanya juga tidak mudah. Tetapi ada masanya, kita terpaksa menukarnya atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat dielakkan, namun yang pastinya jika ia lebih baik pasti kita melakukannya, dan inilah apa yang kami cuba lakukan dengan IV MIST.

IV MIST Kini dijenamakan semula sebagai VIEMIS.

1 – IV MIST kini mendapat kelulusan penarafan UBAT dalam ketegori ubatan tradisional dari NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) atau Bahagian Regulatori Farmasi Negara ) di bawah KKM, Kementerian Kesihatan Malaysia. Nombor pendaftaran; MAL23016150TC.

2 – Atas beberapa sebab teknikal pada nama dan perkataan IV MIST tidak dapat digunakan dalam penarafan ubat, makan kami memilih nama baru iaitu VIEMIS sebagai nama rasmi penjenamaan semula IV MIST.

3 – Kini dengan status baru ini, VIEMIS harus diyakini lebih selamat dan terus kekal berkesan, membantu dan terus membantu ramai orang!

4 – Status Halal Jakim kami juga telah dikemaskini dan terus HALAL gunakan tanpa was-was.

Jadi, bermula saat ini ( 15 Julai 2024 ) , kami akan beransur-ansur mengurangkan stok IV MIST kami yang sedia ada dan akan ditukar kepada VIEMES sepenuhnya kemudian nanti. Semoga dalam tempoh beberapa bulan ini, anda semua dapat makluman yang sepatutnya.

Begitu juga dgn jualan di laman web ini, akan mula menjual versi baru IV Mist iaitu VIEMIS. Anda juga boleh membeli di www.viemis.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *