Semua yang Perlu Anda Tahu Tentang Penipuan Rawatan Resdung

 

RAWATAN RESDUNG BERKESAN SAMPAI KELUAR ULAT?

Masalah resdung sememangnya bukan perkara baru dalam komuniti kita namun penderitaan dan keperitan yang dirasai hanya mereka yang menghidapinya sahaja yang tahu.

Disebabkan itu juga, mereka yang tidak tahan menanggung derita resdung akan mudah untuk percaya dengan apa sahaja rawatan yang mereka jumpa dengan harapan dapat menghapuskan masalah mereka.

Banyak rawatan resdung yang menjadi viral seperti mampu mengeluarkan ulat resdung dan didakwa masalah resdung akan terus hilang apabila ulat ini keluar

Ruangan kali ini akan mengupas tentang rawatan-rawatan resdung di luar sana yang terbukti sebagai satu penipuan.

1. Rawatan Menggunakan Asap Dan Habuk Kayu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menjalani rawatan resdung menggunakan asap adalah kaedah tradisional popular dalam kalangan pesakit resdung. Ia menggunakan satu kain yang dinyalakan api sambil diletakkan pada keseluruhan muka secara berperingkat dan asapnya disedut oleh pesakit.

Setelah selesai rawatan, akan keluar hingus yang banyak serta timbul habuk halus kekuningan yang didakwa sebagai habuk resdung. Ada juga yang mendakwa rawatan menggunakan asap akan mengeluarkan ulat resdung daripada kulit muka.

Rawatan ini salah atau tidak berkesan dalam merawat resdung kerana fungsi asap itu bukanlah untuk merawat resdung. Sesebuah rawatan resdung yang berkesan seharusnya dapat mengurangkan keradangan dan bengkak pada sinus yang jelas sekali tidak boleh dibuat melalui asap ini.

Jadi, bagaimana hingus yang banyak ini boleh keluar? Sebenarnya cecair yang terhasil bukan berasal daripada cecair yang terperangkap dalam rongga sinus namun merupakan satu tindak balas lapisan hidung kepada bendasing dalam asap yang disedut.

2. Rawatan Menggunakan Kertas yang Dililinkan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rawatan ini menggunakan satu kertas berwarna putih dan digeserkan lilin pada bahagian atas. Kertas tersebut kemudiannya digulung dengan bahagian dalamnya merupakan bahagian yang digeserkan lilin itu tadi.

Seterusnya, salah satu hujung kertas yang digulung diletakkan pada bahagian muka pesakit dan satu hujung lagi dibakar. Apabila kertas telah terbakar separuh, ia akan dialihkan dan dipadam.

Kesannya akan muncul beberapa ketulan pada permukaan wajah yang didakwa sebagai punca anda mendapat resdung. Pesakit yang tertipu akan berasa lega kerana menyangka penderitaan mereka akan segera berakhir apabila ketulan itu akhirnya keluar.

Sebenarnya, ini adalah satu lagi trick yang sengaja dibuat bagi memperdaya pesakit resdung di luar sana. Ketulan yang muncul itu langsung tiada kaitan dengan msalah resdung anda namun merupakan lilin yang mencair apabila dipanaskan dan jatuh ke permukaan kulit muka.

3. Rawatan Mengeluarkan Ulat Resdung

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rawatan ini mungkin yang paling terkenal dalam kalangan kaedah alternatif merawat resdung. Namun, bagi mereka yang menyelidik terlebih dahulu sebelum percaya bulat-bulat akan sesuatu perkara, rawatan ini yang paling jelas menipu kerana pakar telah menjelaskan ulat resdung tidak wujud dan ulat bukanlah penyebab resdung.

Menurut Dr. Ezairy M. Sallih (Pakar ENT), ulat yang didakwa sebagai ulat resdung berasal daripada badan lipas yang dipotong dan dicampurkan bersama bahan-bahan lain. YA, MEREKA MENGGUNAKAN LIPAS UNTUK MERAWAT RESDUNG. Anda pasti akan terkejut jika baru pertama kali mengetahui perkara ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda mungkin menyangka atau diberitahu hanya daun pandan dan limau nipis digunakan dalam rawatan namun demi memperdaya orang ramai dan mengaut keuntungan, mereka sanggup meletakkan lipas dalam ramuan mereka. BAYANGKAN SAJA RAMUAN YANG DISAPU DI WAJAH ANDA SEBENARNYA MENGANDUNGI KEKOTORAN LIPAS.

Kajian saintifik telah menunjukkan perut lipas mengandungi segala macam parasit termasuklah ulat yang akan bertindak balas apabila diasapkan. Lalu ulat akan kelihatan dan menjadi satu ‘trickery’ digunakan mereka bahawa ulat resdung yang bersarang dalam hidung pesakit akhirnya berjaya dikeluarkan.

SELIDIK DAHULU UNTUK ELAK DIRI TERPEDAYA

Bagi mengelakkan diri anda terpedaya dengan penipuan dalam rawatan resdung, selidik dahulu sebelum mencuba. Langkah yang terbaik adalah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pakar.

Dalam mencuba rawatan-rawatan alternatif pula, seharusnya anda cari tahu mekanisma penting yang harus ada untuk merawat resdung. Antaranya satu rawatan resdung yang berkesan harus mampu mengatasi keradangan, pembengkakan dinding sinus serta membuka kembali laluan udara dan mukus dalam sinus anda yang tersekat.

Rawatan-rawatan alternatif yang tidak menghasilkan kesan yang sama sepatutnya diabaikan kerana tidak akan memberi sebarang manfaat kepada penyakit anda.

Anda seharusnya lebih bijak dalam merawat resdung anda.

Setakat ini dahulu perkongsian pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Helmi M.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BELI IV MIST SEKARANG!