5 Tips Merawat Jangkitan Resdung

Tidak Perlu Tergesa-gesa Mendapatkan Antibiotik?

Penyakit resdung diakibatkan oleh jangkitan kuman, bakteria atau virus yang memasuki rongga sinus ketika anda bernafas. Kuman-kuman ini akan mencetuskan keradangan pada dinding sinus anda lalu masalah resdung pun muncul.

Namun berita baiknya anda tidak perlu terlalu risau kerana setiap penyakit ada penawarnya begitu juga penyakit hasil jangkitan sinus ini.

Jadi, di ruangan kali ini, mari kita sama-sama lihat apakah kaedah-kaedah yang sebenarnya amat mudah diamalkan untuk merawat jangkitan resdung.

  • Rehat

Rehat sangat penting untuk memberi tenaga kepada badan anda untuk melawan virus. Rehat turut membantu melegakan postnasal drip.

 

 

 

 

 

 

 

  • Minum Air

Minum air suam membantu menipiskan lendir tebal dan melancarkan kahak anda.

  • Pastikan Rongga Sinus Sentiasa Lembap

Haba dan wap ketika mandi serta air yang baru dipanaskan boleh mencairkan lendir dan kahak selain melegakan tekak anda.

  • Berkumur

 

Berkumur menggunakan air suam larutan garam sebanyak separuh sudu teh. Larutan garam membantu membasmi kuman resdung dengan membersihkan sinus, mencegah infeksi daripada tersebar dan melegakan kembali pernafasan melalui hidung.

  • Bilas Hidung Anda

Spray air garam atau kit pengairan nasal seperti pot neti boleh membantu membuatkan hidung anda lebih selesa dengan membersihkan keluar sebarang penghalang dalam sinus lalu melancarkan pengaliran udara dan lendir.

 

Kebanyakannya, anda akan pulih daripada jangkitan resdung yang disebabkan selsema dalam masa satu minggu, namun beberapa langkah dan tips diatas dapat membantu mempercepat proses pemulihan tersebut.

Elakkan Terlalu Bergantung  Dengan Antibiotik

Ramai orang bergantung kepada ubat-ubatan preskripsi dan antibiotik untuk bermacam gejala biasa seperti selsema, hay fever, dan masalah alahan. Menurut fakta, antara 15 hingga 21 peratus preskripsi antibiotik golongan dewasa digunakan merawat jangkitan sinus.

Namun, tahukah anda kebanyakan dari mereka tidak memerlukan ubat-ubatan ini. Mengapa? Ini sebabnya:

1. Tidak Semua Ubat-Ubatan (Drug) Membantu

    • Jangkitan resdung kebiasaannya selalu berasal daripada virus bukannya bakteria.
    • Antibiotik tidak berkesan ke atas virus.
    • Walaupun bakteria menyebabkan resdung, antibiotik tetap tidak diperlukan kerana kebanyakan bakteria akan hilang dengan sendiri dalam 7 ke 10 hari.
    • Antibiotik turut tidak berkesan kepada masalah alahan anda.

2. Risiko Menggunakan Antibiotik

    • Kajian menunjukkan antibiotik mempunyai kesan sampingan seperti masalah perut, pening dan ruam.
    • Kesan sampingan tersebut akan hilang setelah anda berhenti mengambil antibiotik namun ada kes dimana antibiotik mengakibatkan alahan yang teruk.
    • Kerap meggunakan antibiotik boleh merangsang pembentukan bakteria berbahaya yang sukar ditangani dengan ubat-ubatan.
    • Akhirnya anda akan terdedah dengan jangkitan yang tidak lut dengan rawatan antibiotik.

 

3. Jadi, Bilakah Anda Memerlukan Antibiotik?

    • Diambil apabila simptom berlaku melebihi satu minggu (10 hari), keadaan mula membaik namun kembali teruk atau simptom sangat teruk.
    • Antara simptom-simptom lain memerlukan antibiotik adalah demam melebihi 38.6°C, sakit yang teramat sangat pada sinus atau muncul tanda-tanda jangkitan kulit yang merebak dengan cepat.
    • Pakar mungkin mencadangkan CT Scan untuk anda jika disyaki berlaku jangkitan sinus yang teruk.

 

 

Rangkuman perkongsian pada kali ini adalah merawat jangkitan resdung tidak sesulit yang disangka dan harus segera diamalkan untuk mencegah dan menghentikan jangkitan.

Kebiasaan mengambil antibiotik untuk merawat simptom-simptom resdung harus dihentikan. Anda seharusnya lebih bijak dan peka akan situasi yang tepat untuk bergantung dengan antibiotik bagi mengekalkan kesihatan sinus anda.

Setakat ini dahulu perkongsian saya pada ruangan kali ini. Semoga ia menjadi maklumat berguna dan sedikit sebanyak membantu anda dalam menguruskan jangkitan resdung.

Sekian.

Helmi M.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *