7 Tips Melegakan Resdung Ketika Travel dengan Mudah dan Berkesan

Travel adalah aktiviti yang dapat memberi ketenangan kepada mental dan fizikal seseorang. Mana tidaknya, setelah sekian lama menghabiskan waktu untuk fokus kepada kerjaya semata-mata, adalah normal untuk memberi rehat, menekan butang ‘pause’ kepada diri sendiri serta mengambil segala aura positif daripada travel anda.


Namun demikian, ia sama sekali berbeza buat pengidap resdung. Bagi mereka yang mempunyai masalah resdung, pengalaman travel sentiasa menjadi mimpi ngeri buat mereka apabila terpaksa menghadapi segala macam kesukaran.

Perkara utama yang semestinya akan mengganggu mereka di sepanjang perjalanan adalah hidung tersumbat. Masalah ini bukan sahaja boleh menyebabkan suara anda menjadi sengau, ia juga sangatlah tidak selesa dan boleh membawa kepada keadaan yang lebih teruk seperti jangkitan sinus.

Bayangkan saja kesukaran yang terpaksa dihadapi sepanjang perjalanan semasa berada di dalam bas, kereta api, kapal terbang atau kereta. Jadi, bagaimanakah cara efektif untuk mengatasi masalah hidung tersumbat? Antara tips yang amat disarankan ialah:

1. Banyakkan Minum Air.
Meminum banyak air untuk mengekalkan kelembapan tisu sinus dan mengurangkan kerengsaan serta meminum minuman panas untuk melancarkan saluran sinus.

Jadi, seandainya masalah hidung tersumbat mengganggu anda setiap kali travel, set uncang herba halia lemon dan air panas adalah perkara wajib ada sebelum memulakan perjalanan.

2. Makan Makanan Pedas.
Serbuk cili dan lobak kuda membantu mengeringkan cecair mukus. Ia boleh memberikan kesan segera kepada masalah anda.

3. Menyanyi.
Menyanyi untuk mengatasi hidung tersumbat kedengaran pelik. Tips ini berkesan kerana ia membantu melancarkan pengaliran udara di dalam sinus. Anda boleh mencubanya selama satu jam dan hasilnya membantu mencegah kesesakan dalam sinus daripada menjadi jangkitan sinus. Namun, adalah diingatkan tips ini lebih sesuai sekiranya anda travel secara berseorangan di dalam kereta.

4. Guna Penyembur Nasal Decongestant (Pelega Pernafasan).
Penyembur pelega pernafasan boleh memberikan kelegaan segera kepada masalah anda.

Sebarang jenis spray ini patut anda sediakan setiap kali travel. Namun diingatkan penggunaan yang berlebihan perlu dielakkan kerana boleh memburukkan keadaan anda. Mereka yang mengalami masalah resdung turut benci travel kerana terpaksa menahan sakit kepala (sinus headache).

Masalah ini amat besar semasa dalam perjalanan terutamanya ketika anda menaiki kapal terbang. Ini kerana perubahan tekanan udara dalam kabin akan menyebabkan rongga sinus yang tersumbat menjadi lebih tidak selesa. Oleh itu, anda boleh mencuba tips ini untuk melegakan sinus headache:

5. Acupressure (Penekanan Meggunakan Hujung Jari Pada Wajah). Menggunakan hujung jari anda untuk menekan kawasan tertentu terutamanya bahagian atas hidung diantara bulu kening anda.

Lakukan selama dua minit akan melancarkan kembali saliran sinus anda. Anda juga boleh cuba menekan kedua-dua lubang hidung anda selama satu minit untuk memberikan kelegaan yang sama.

Bagi kesakitan di bahagian belakang mata, tekan di bahagian hidung diantara mata anda keatas dan kebawah selama lima minit. Antara titik lain acupressure adalah di bahagian alur di bawah hidung, bahagian paling bawah tulang pipi, bahagian bawah mata dan bahagian atas kening anda.

6. Guna Pek Tuam Panas Sejuk.
Tuam boleh melegakan sakit kepala anda. Letakkan pada mata dan hidung anda selama tiga minit. Selepas itu, gunakan tuam panas dan sejuk secara bergilir-gilir selama tiga puluh saat. Setelah mengulanginya selama tiga kali, anda akan berasa lega.

7. Menarik Nafas Dalam-dalam.
Anda tidak boleh mengurangkan kesesakan dan bengkak dalam sinus melalui kaedah ini namun ia dapat membantu anda menahan ketidakselesaan sehingga sampai ke destinasi.

Travel akan menjadi lebih mudah dan bermakna buat anda dengan mempraktikkan tip-tips ini. Namun demikian, adalah disarankan buat anda untuk mendapatkan rawatan doktor sekiranya simptom yang lebih serius berlaku ketika anda sedang travel seperti mati rasa, loya dan muntah yang berterusan.

Simptom-simptom lain yang memerlukan rawatan segera adalah cecair mukus berwarna kuning atau hijau, demam dan sakit leher yang berterusan, serta rasa sakit melebihi 24 jam.

Helmi M.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *