Bahaya Resdung Kronik dan Simptom-simptom yang Boleh Diperhati

Resdung kronik berlaku apabila rongga sinus membengkak dan meradang dalam masa 3 bulan atau lebih walaupun telah mendapatkan rawatan.

Keadaan ini menyebabkan gangguan kepada proses pengaliran mukus lalu mengakibatkan hidung tersumbat. Pernafasan melalui hidung akan menjadi sedikit sukar manakala kawasan di sekitar mata akan sedikit bengkak dan sensitif bila disentuh.

Resdung kronik boleh bermula dengan jangkitan, penyakit polip hidung atau bengkak pada lapisan sinus. Situasi ini boleh terjadi kepada setiap orang sama ada dewasa atau kanak-kanak.

Simptom-simptom Resdung Kronik

    • Keradangan Hidung
    • Lendir Tebal dan Berwarna dari Hidung
    • Kesukaran Bernafas Akibat Hidung Tersumbat
    • Bengkak Menyakitkan Sekitar Mata, Pipi, Hidung dan Dahi
    • Deria Bau dan Rasa Terjejas
    • Sakit Telinga
    • Sakit Rahang Atas dan Gigi
    • Sakit Tekak
    • Nafas Berbau
    • Keletihan

Resdung kronik mempunyai simptom-simptom yang lebih kurang sama dengan resdung akut. Perbezaannya adalah resdung akut jangkitan sementara manakala simptom resdung kronik bertahan sekurang-kurangnya selama 12 minggu. 

Untuk pengetahuan, demam bukanlah simptom biasa resdung kronik namun lebih kerap terjadi pada tahap akut.

Komplikasi Resdung Kronik

Komplikasi serius akibat resdung kronik jarang-jarang berlaku namun harus diketahui:

    • Masalah Penglihatan

Jika jangkitan merebak ke soket mata, boleh menyebabkan penglihatan terjejas atau buta kekal.

    • Jangkitan

Sangat jarang berlaku namun jangkitan dan radang boleh merebak ke otak, saraf tunjang, tulang atau jangkitan kulit.

Gambar Hiasan

Secara keseluruhannya, resdung kronik juga bermula dengan resdung akut di mana simptom-simptom akut kekal dalam tempoh yang lebih panjang diakibatkan oleh pelbagai faktor, akhirnya menyebabkan kronik.

Anda yang menghidap simptom-simptom diatas dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan pakar. Tiga situasi yang memerlukan rawatan pakar  antaranya anda telah menghidap resdung berulang kali namun rawatan tidak memberikan kesan.

Gambar Hiasan

Kedua, anda menghidap simptom-simptom resdung yang kekal melebihi tempoh 10 hari. Ketiga, simptom-simptom tidak sembuh juga setelah berjumpa doktor.

Ketiga-tiga tanda ini jika anda alami bermakna anda menghidap resdung di tahap kronik dan rawatan pakar diperlukan dengan segera.

Setakat ini sahaja perkongsian ilmu pada kali ini. Semoga setiap perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan untuk kita semua.

Sehingga bertemu lagi di ruangan berikutnya.

Sekian, terima kasih.

Helmi M.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *