Deviasi Septum dan Simptom-simptom yang Boleh Anda Perhatikan

Adakah Anda Memiliki Deviasi Septum?

Perrnahkan anda dengar tentang deviasi septum? Sedarkah anda kes deviasi septum amat biasa berlaku kepada semua orang? Malahan, sesetengah orang tidak tahu pun mereka memiliki deviasi septum.

Jadi, apakah yang dimaksudkan sebagai deviasi septum?

Deviasi septum adalah struktur hidung dimana nasal septum (dinding nipis memisahkan antara bahagian kiri dan kanan hidung) tidak berada di posisi normal iaitu di tengah-tengah diantara bahagian kiri dan kanan hidung.

Fakta-fakta Deviasi Septum

  • Boleh wujud sejak lahir, ketika proses tumbesaran atau disebabkan oleh kecederaan di Kawasan hidung dan muka.
  • Deviasi septum kebiasaannya tidak mempunyai simptom, namun masalah pernafasan melalui hidung, hidung tersumbat, jangkitan kuman, pendarahan hidung, masalah tidur, sakit kepala dan post-nasal drip mungkin berlaku.
  • Beberapa simptom deviasi septum boleh dirawat melalui pengambilan ubat-ubatan.
  • Kes deviasi septum yang serius mungkin memerlukan pembedahan untuk membaiki septum.

Simptom-simptom Deviasi Septum

 

 

 

 

 

 

 

  • Kesukaran bernafas melalui hidung
  • Hidung tersumbat biasanya di sebelah bahagian lebih kuat berbanding sebelah lagi
  • Jangkitan sinus yang berulang
  • Pendarahan hidung
  • Masalah tidur disebabkan dengkur yang kuat dan kesukaran bernafas ketika tidur
  • Sakit kepala akibat post-nasal drip.

Rawatan Deviasi Septum

Deviasi septum boleh dikenal pasti ketika pemeriksaan fizikal anda. Mengenalpasti bentuk nasal septum akan dapat mengetahui keadaan septum anda. Beberapa kes deviasi septum berlaku jauh di dalam hidung akan memerlukan endoskop atau CT scan.

Kes deviasi septum amat biasa berlaku dan kebanyakannya tidak memerlukan sebarang rawatan. Simptom seperti hidung tersumbat dan post-nasal drip boleh diatasi dengan mengambil ubat-ubatan.

Namun jika deviasi septum menyebabkan masalah pernafasan atau sleep apnea, pembedahan akan dicadangkan.

Apakah Kaedah Mencegah Deviasi Septum?

Deviasi septum yang diakibatkan oleh kecederaan boleh dicegah dengan sentiasa mengutamakan keselamatan di bahagian hidung dan muka anda.

 

 

 

 

 

 

 

  • Sentiasa memakai topi keledar dan pelindung kepala ketika bersukan
  • Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu

Simptom-simptom akibat deviasi septum yang wujud sejak lahir boleh dilegakan dengan mengambil medikasi yang berfungsi melancarkan kembali pengaliran udara dan lendir dalam rongga sinus anda.

Kesesuaian Rawatan Resdung Kepada Masalah Deviasi Septum

Seperti yang dinyatakan, kebanyakan kes deviasi septum tidak bahaya atau memerlukan sebarang rawatan. Namun, sekiranya simptom seperti hidung tersumbat kerap mengganggu anda maka rawatan untuk resdung bagi simptom yang sama boleh diguna pakai.

Rawatan resdung seperti mengambil ubat anti-histamin dan semburan nasal boleh dicuba untuk mengurangkan simptom deviasi septum.

Sebarang medium merawat penyakit resdung yang diluluskan KKM seperti IV Mist juga amat sesuai digunakan untuk merawat simptom deviasi septum. Manakala, kaedah pembedahan hanya dicadangkan untuk kes yang serius seperti kesukaran bernafas melalui hidung.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga ruangan kali ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua terutamanya dalam menjaga kesihatan rongga sinus kita.

Bagi mereka yang baru sedar tentang kemungkinan memiliki deviasi septum, boleh segera membuat pemeriksaan doktor terutamanya jika anda mengalami simptom-simptom yang serius.

Setakat ini dahulu daripada saya pada kali ini. Semoga perkongsian ini berguna dan menjadi ilmu yang bermanfaat kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.

Helmi M.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *