Resdung, Punca, Kesan serta Keberkesanan Herba Tradisi Dalam Merawatnya

Resdung adalah penyakit biasa yang kerap dialami dalam kalangan  masyarakat kita. Penyakit ini kurang diberikan tumpuan serta dianggap remeh oleh masyarakat kerana dianggap tidak berbahaya atau tidak tergolong dalam penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia.

Namun demikian, resdung adalah masalah serius bagi mereka yang mengidapnya serta boleh dikategorikan daripada tidak berbahaya sehingga ke tahap yang berpotensi mengancam nyawa.

Sifat penyakit ini yang boleh berulang-ulang juga menjadi alasan penting mengapa ia perlu dipandang lebih serius. Sebelum huraian mendalam, adalah penting untuk kita ketahui akan pengertian resdung itu sendiri.

Resdung atau secara saintifiknya dikenali sebagai sinusitis merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya keradangan dalam rongga sinus (hidung) disebabkan oleh jangkitan kuman.

Jangkitan kuman ini boleh berlaku melalui pelbagai faktor sama ada melalui amalan kehidupan seharian atau faktor semulajadi. Sebagai contoh, kurang peka akan kebersihan diri boleh menjadi faktor manakala kualiti udara yang rendah juga secara semulajadi boleh mengundang penyakit ini.

Malahan, ia boleh bertambah teruk bagi pengidap yang mempunyai alahan, masalah asma atau imunisasi badan yang lemah.

Resdung boleh menjadi kronik apabila ia berterusan untuk beberapa hari kerana jangkitan bakteria boleh berlaku. Resdung boleh dirawat dalam pelbagai cara bergantung kepada tahap yang dihidapi.

Situasi yang terbaik adalah mengamalkan langkah pencegahan atau merawatnya sejurus tandatanda penyakit ini muncul bagi mengelakkan ia bertambah serius.

Antara tanda-tanda awal masalah resdung adalah hidung tersumbat, lendir tebal dalam hidung dan rasa sakit pada muka.  Kesan-kesannya termasuklah demam, rasa loya, sakit kepala, kurang deria bau, sakit kerongkong dan batuk yang teruk terutamanya pada waktu malam.

 

Mementingkan kebersihan diri adalah langkah terbaik untuk mengelakkan penyakit ini. Dari segi perubatan moden, ubat tahan sakit, steroid hidung, pengairan hidung serta antibiotik disarankan bagi pengidap yang menghadapi masalah resdung yang berterusan.

Pada masa yang sama, resdung juga boleh dirawat dengan memanfaatkan sumber semulajadi seperti herba-herba tradisi yang terbukti berkesan mengubati penyakit ini.

Herbaherba ini termasuklah habbatus-sauda, serai, saffron, halia bara, limau purut dan pudina. Ekstrak habbatus-sauda berkesan merawat resdung melalui kandungannya yang dapat melegakan saluran pernafasan dan merawat keradangan.

Serai dan halia pula mengandungi bahan anti radang yang mujarab, ubat tahan sakit semulajadi dan boleh meningkatkan sistem imun kita. Ekstrak saffron mengandungi karotenoid yang meningkatkan tahap imuniti badan selain daripada mengurangkan rasa sakit dan merawat asma.

Manakala, limau purut dan pudina bertindak sebagai antiseptik serta membantu merawat sakit kepala dan menghilangkan rasa loya akibat resdung.

Tambahan pula, minyak argan, minyak eucalyptus, minyak kelapa dara dan minyak halia juga merupakan herba-herba yang mujarab bagi merawat resdung. Minyak argan bukanlah senang untuk diperolehi namun khasiatnya sebagai anti radang selain daripada untuk penjagaan kulit menjadikan amat sesuai untuk mengubati resdung.

Eucalyptus pula membantu meredakan batuk melalui ekstrak minyaknya. Minyak kelapa dara dapat membantu mengurangkan rasa loya selain daripada fungsinya sebagai ejen anti bakteria. Minyak halia pula dapat mengurangkan rasa sakit.

Keseluruhannya, masyarakat perlu mula memandang serius mengenai penyakit ini dan berikhtiar untuk mencari rawatan yang berkesan. Alam semulajadi telah membekalkan penawar semulajadi sebagai ubat kepada penyakit resdung.

Terdapat pelbagai ubat berasaskan herba dipasarkan khas bagi merawat resdung dan amat dicadangkan untuk masyarakat yang mengidap penyakit ini.

Secara ringkasnya, mengubati penyakit adalah penting sama ada menggunakan ramuan-ramuan tradisional atau rawatan moden.

 

Helmi M.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *