Semua yang Anda Harus Tahu Tentang Masalah Resdung dan Alahan Kepada Makanan Tertentu

Antara faktor yang mudah dikenalpasti ketika anda mengalami masalah resdung adalah alahan kepada makanan tertentu sama ada seafood dan sebagainya. Resdung diakibatkan oleh jangkitan kuman yang terjadi pada rongga sinus.

Untuk pengetahuan, rongga sinus terletak betul-betul di bahagian belakang hidung dan mata berfungsi untuk menapis zarah-zarah dalam udara yang tidak diperlukan ketika proses pernafasan.

Sedap! Tetapi alahan makanan laut dialami oleh ramai orang.

Rongga ini terdiri daripada tisu lembut dan berhubung dengan membran mukus (cecair) yang mengekalkan kelembapan dalam sinus tersebut. Apabila anda mengalami alahan makanan, sinus ini akan meradang atau membengkak disebabkan peningkatan paras histamin (sebatian tindak balas pada radang) dalam badan.

Alahan kepada makanan kebiasaanya disebabkan oleh jenis-jenis makanan seperti susu, soya, gandum, telur, ikan, kekacang dan kerang. Bagi pengidap resdung, adalah biasa bagi mereka untuk mengelakkan makanan sebegini dan pada masa yang sama terpaksa menahan keinginan untuk mencuba makanan ini.

“Saya dah memang pantang seafood. Saya rasa saya tak boleh makan ayam, daging semua tu la sebab makanan tu pun boleh bawa resdung. Hidung gatal apa lagi tah simptomnya. So, saya makan ikan je. Tapi, mestilah bosan asyik makan benda sama je.”

Luahan dan keluhan seperti ini adalah amat lazim (common) dalam kalangan pengidap resdung. Kebanyakan daripada mereka berasa tidak adil kerana mengapa mereka tidak boleh menikmati makanan tersebut sebagaimana orang lain. Namun demikian, hal ini adalah realiti bagi mereka.

Sambal Udang Tempoyak
Udang Masak Tempoyak Petai ini sangat sedap, tetapi ada orang tidak dapat menikmatinya.

Berbalik kepada alahan ini, sistem imunisasi badan kita akan berfungsi melawan alahan tersebut kerana menyangka proteins dalam makanan tersebut adalah bahan berbahaya.

Tubuh akan gagal mengenalpasti bahan tersebut lalu mencuba untuk mempertahankan sistem tubuh anda dengan menghasilkan tindak balas kimia yang tertentu. Beberapa antibodi dalam badan seperti Immunoglobulin E (IgE) berfungsi untuk melawan protein tersebut dan akan mengeluarkan histamin.

Seterusnya, histamin akan di dalam rongga sinus akan menyebabkan keradangan, bengkak, dan kesesakan dalam rongga lalu mengakibatkan penyakit resdung.

Resdung akibat alahan makanan dapat dilihat melalui pelbagai simptom seperti bersin, hidung tersumbat, hingus, dan sakit pada rongga. Apabila rongga ini membengkak, ia menghalang proses pernafasan serta pengeringan mukus dalam hidung.

Cecair mukus akan terperangkap dalam rongga, menyebabkan rasa tekanan pada bahagian sekelilingnya. Hasilnya, pengidap akan berasa sakit pada gigi, dahi, pipi, bahagian dalam telinga dan di belakang mata.

Jadi, bagaimana cara terbaik untuk mengelakkan resdung daripada alahan makanan ini? Kaedah paling efektif dan amat disarankan adalah membuat ujian mengenalpasti jenis makanan yang memberi tindakbalas negatif.

Pakar akan menggunakan ujian darah atau skin-prick tests (ujian kulit pada wajah) untuk mengenalpasti jenis makanan yang menjadi alahan anda. Sekiranya darah anda menghasilkan antibodi IgE, ia bermakna anda alah kepada makanan tersebut. Jadi, anda akan dinasihatkan untuk menghindari makanan yang mengandungi bahan tersebut.

Kesimpulannya, alahan kepada makanan boleh menyebabkan resdung. Setiap orang memiliki alahan kepada makanan yang berbeza. Mengenalpasti jenis makanan tersebut disarankan bagi menghindari resdung.

Sekiranya anda secara tidak sengaja memakan makanan tersebut, ubat-ubatan yang berfungsi menurunkan paras histamin disarankan untuk menghindari masalah sinus anda.

 

Helmi M.

P/s : Tahukah anda, ivmist mampu mengurangkan kesan-kesan alahan dan gatal-gatal? 

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *