Sebelum mengulas lanjut tentang cara penggunaan pot neti yang tepat, persoalan yang paling besar adalah adakah anda tahu apa itu pot neti?
Bagi mereka yang tidak pernah berhadapan dengan penyakit berkaitan resdung, kemungkinan untuk mereka mendengarnya buat pertama kali adalah tinggi.
Malahan, anda yang kali pertama melihatnya mungkin salah menilainya sebagai sejenis teapot kerana bentuknya yang seakan-akan.
Untuk makluman anda, pot neti popular dalam kalangan pengidap resdung sebagai kaedah merawat resdung di rumah. Namun sayangnya tidak semua mengetahui tentang kaedah penggunaannya yang betul dan berkesan.
Oleh itu, ruangan kali ini akan berkongsi tentang kaedah penggunaan pot neti menurut pandangan pakar.
1. MEMILIH POT NETI YANG TEPAT
-
- Antara jenis pot neti yang tersedia adalah yang diperbuat daripada plastik dan seramik.
- Pot neti plastik bersifat lebih tahan lama dan tidak akan pecah.
- Pot neti seramik terkenal dengan kualiti perbersihannya yang lebih terjamin.
2. SENGETKAN KEPALA KE ARAH YANG BETUL
-
- Matlamat utama pot neti adalah membersihkan sepenuhnya rongga sinus anda
- Cara sengetkan kepala anda harus betul tanpa perlu risau lemas atau tersedak.
- Pakar menyarankan anda sengetkan kepala ke sisi dan pastikan air yang masuk dari satu lubang hidung keluar dari lubang hidung yang satu lagi.
- Pastikan anda rasa selesa ketika menggunakannya.
3. GUNA AIR BERSIH
-
- Pot neti mendapat reputasi buruk apabila terdapat penggunanya meninggal dunia suatu ketika dulu kerana menggunakan air paip yang tidak ditapis.
- Guna air yang betul adalah kunci dalam menggunakan pot neti dengan berkesan.
- Elakkan menggunakan air paip dan air tidak ditapis.
- Pakar menyarankan agar menggunakan air suling, air yang ditapis dan air panas yang telah suam.
4. JANGAN MELEBIHI HAD
-
- Pakar mencadangkan penggunaan pot neti dua kali setiap hari.
- Penggunaan tiga hingga empat kali sehari disarankan kepada penghidap resdung yang lebih serius
- Penggunaan melebihi had akan mengeringkan rongga sinus, menyebabkan pedih, gatal dan rasa sakit.
5. SENTIASA MEMBERSIHKAN POT NETI
-
- Pastikan pot neti tidak menjadi tempat pembiakan bakteria.
- Basuh pot neti anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
- Basuh menggunakan air panas serta sabun.
6. MERUJUK DOKTOR TERLEBIH DAHULU
-
- Anda boleh mendapatkan nasihat doktor jika tidak pasti anda sesuai atau tidak menggunakan pot neti.
- Dapatkan juga pemeriksaan doktor sekiranya berlaku tanda-tanda jangkitan sinus setelah menggunakannya.
- Pot neti boleh membantu masalah sinus namun bukanlah menjamin menghapus terus gejala resdung.
Secara keseluruhan, pot neti berkesan merawat masalah resdung selagi digunakan dengan cara yang betul. Namun, harus diingatkan mendapatkan pemeriksaan dan rawatan pakar adalah yang terpenting dalam mengatasi masalah resdung anda.
Setakat ini sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Kekal sihat dan sehingga berjumpa lagi di ruangan berikutnya.
Sekian, terima kasih.
Helmi M.