Sinus Paranasal: Ketahui 4 Rongga Sinus Pada Wajah Anda

Ketahui Kisah Sebenar Rongga Sinus Pada Wajah Anda

Adakah anda tahu terdapat rongga di sebalik tulang muka anda? Tahukah anda betapa bergantungnya anda kepada rongga-rongga ini untuk kekal hidup?

Tahukah anda ia adalah rongga yang sama yang mengeluarkan air mata dan lendir dari hidung anda?

Rongga-rongga ini dikenali sebagai paranasal sinus dan mempunyai 4 rongga utama. Kesemua rongga ini bersambung dan mengandungi aliran udara yang sebahagian daripada sistem pernafasan rongga sinus anda.

Empat paranasal sinus ini ialah sinus frontal, sinus sphenoid, sinus ethmoid dan sinus maxilla, dinamakan sempena nama tulang tempat rongga ini berada. Paranasal sinus terbentuk semenjak zaman kanak-kanak anda dan terus berkembang ketika anda meningkat dewasa.

Di ruangan kali ini saya akan mengupas sedikit-sebanyak mengenai sinus paranasal sebagai ilmu dan manfaat untuk semua pembaca.

Sinus Frontal

Rongga ini berada di kedudukan paling atas dalam tulang muka iaitu di atas dahi. Sinus frontal mempunyai saiz yang berbeza untuk setiap orang namun semuanya berbentuk seakan segitiga.

Sinus frontal mula terbentuk ketika usia 7-8 tahun dan lengkap tumbesarannya selepas 20 tahun. Sinus frontal mengalir ke rongga hidung melalui saluran frontonasal, yang terbuka di bahagian semilunaris hiatus pada dinding lateral.

Sinus Sphenoid

Sinus sphenoid juga berada di lokasi lebih tinggi iaitu pada tahap rehat spheno-etmodial. Rongga ini terletak lebih jauh ke belakang, bersambung di lokasi lebih atas dan bersebelahan tengkorak muka.

Sinus sphenoid mengalir keluar bahagian atas rongga hidung. Rongga sinus sphenoid amat penting untuk perubatan. Ini kerana kelenjar pituitari boleh diakses secara pembedahan melalui bahagian atas rongga hidung, terus ke sinus sphenoid dan melalui tulang sphenoid.

Sinus Ethmoid

Terdapat tiga rongga sinus ethmoid yang dikenali sebagai anterior, tengah, posterior. Ketiga-tiga sinus ini bersambung ke rongga-rongga tertentu di tempat yang berbeza-beza.

Anterior – Hiatus semilunaris
Tengah – Ethmoid semilunaris
Posterior – Superior meatus

Sinus Maxilla

Rongga sinus yang paling besar. Sinus ini terletak bersebelahan dan sedikit rendah daripada rongga hidung. Sinus ini akan mengalir ke rongga hidung di bahagian hiatus semilunaris, betul-betul di bawah pembukaan sinus frontal.

Rongga ini amat berpotensi menjadi laluan kepada penyebaran jangkitan. Ini disebabkan lendir mengalir daripada sinus frontal boleh memasuki sinus maxilla.

Kesimpulannya, oleh kerana sinus paranasal bersambung dengan rongga hidung, sebarang bentuk jangkitan berkaitan sistem pernafasan atas boleh tersebar ke sinus-sinus ini. Jangkitan pada sinus-sinus ini menyebabkan keradangan (sakit dan bengkak) dalam mukus, dikenali sebagai sinusitis atau resdung.

Untuk makluman, saraf maxilla berhubung dengan sinus maxilla dan gigi maxilla. Oleh sebab itu, keradangan boleh menyebabkan pesakit resdung sakit gigi.

Setakat ini sahaja perkongsian ilmu pada kali ini. Diharapkan sedikit-sebanyak memberikan input berguna buat kita semua. Terus amalkan gaya hidup sihat dan bebas resdung.

Sekian, terima kasih.

Helmi M.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *