Top 7 Makanan Boleh Menyebabkan Hidung Tersumbat

Kenapa Pizza Masuk dalam List? Ketahui Kandungan Pizza


Antara masalah yang paling kita benci setiap hari adalah masalah hidung  tersumbat. Masalah ini boleh datang pada bila-bila masa serta boleh disebabkan oleh banyak faktor sama ada pengaruh cuaca, selsema atau perubahan tekanan seperti ketika menaiki kapal terbang.

Tapi, tahukah anda jenis-jenis makanan yang kita makan juga mempengaruhi masalah hidung tersumbat?

Di ruangan kali ini, saya akan mengupas beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan hidung tersumbat.

Gula Halus

Gula tidak berbahaya jika diambil dalam kuantiti yang sedikit. Namun, jika diambil dalam kuantiti yang banyak boleh mencetuskan tindak balas keradangan.

Ini disebabkan gula mempunyai ciri-ciri yang boleh merangsang keradangan. Kesannya, anda akan rasa gatal-gatal badan dan lendir mukus akan bertambahan lalu memenuhi hidung anda.

Makanan Pedas

Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa hidung anda akan berair bila memakan makanan pedas? Jawapan tepat kepada persoalan tersebut adalah makanan pedas akan mencetuskan penghasilan histamin dalam tubuh anda.

Histamin adalah tindak balas semula jadi tubuh apabila berlaku alahan. Kesannya, tisu nasal boleh membengkak lalu menyukarkan pengaliran udara dalam rongga hidung.

Silia yang mengalirkan lendir mukus juga akan terkesan lalu menyebabkan hidung selalu berair apabila makan makanan pedas.

Susu

Produk tenusu boleh menebalkan lendir mukus. Kesannya, lendir mukus akan mengambil masa lebih lama untuk mengalir turun ke perut untuk dicernakan. Susu juga mempercepat penghasilan lendir ini.

Makanan mengandungi ‘casein’ juga boleh menyebabkan hidung tersumbat. Contoh makanan mengandungi casein adalah ais krim!

Tomato

Walaupun tomato kaya dengan nutrisi, ia juga boleh mempengaruhi tahap penghasilan histamin selain kandungan asid yang tinggi dalam tomato boleh memberikan masalah kepada kepada orang yang mempunyai masalah ‘refluks asid’.

Alkohol

Secara asasnya, alkohol mengandungi ciri-ciri penyebab masalah inflamasi. Contohnya, ‘wine’ mengandungi sebatian histamin yang boleh menyebabkan bengkak pada tisu nasal.

 

‘Beer’ dan ‘whiskey’ pula mengandungi gluten yang turut menyebabkan keradangan nasal walaupun setelah melalui prosedur penyulingan.


Daging Merah

Daging merah kaya dengan protein boleh mengakibatkan pengumpulan lendir mukus lalu menghasil pelbagai masalah sinus seperti hidung tersumbat.

Pizza

Pizza adalah formula ‘berkesan’ dalam menyebabkan masalah hidung tersumbat. Ini disebabkan pizza mengandungi 3 jenis makanan iaitu cheese (produk tenusu), kerak roti (gluten) dan sos (tomato).

Sebab itu anda disarankan untuk makan sepotong dua pizza sahaja terutamanya untuk yang prone kepada masalah hidung tersumbat.

Rumusannya, kita harus lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang kita makan kerana tanpa kita sedari makanan kegemaran kita adalah penyebab masalah hidung tersumbat.

Tidak salah untuk memakan 7 jenis makanan ini asalkan dalam kuantiti yang sedikit atau tidak berlebihan. Lagipun, semua benda jika diambil secara berlebihan akan memudaratkan badan.

Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Semoga dapat memberikan manfaat untuk kesihatan hidung kita.

Sekian, terima kasih.

Helmi M.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *